November 21, 2009

kakiatasbumi

ya
aku tahu
kereknya muka aku
sombongnya gaya aku
berlagaknya percakapan aku
bongkaknya tingkah laku aku
riaknya cara jalan aku
bajetnya serba serbi pasal aku

menjengkelkan anda?
meluatnya kata anda?
menyakitkan hati bisik hati anda?
sumpah seranah anda lontarkan
caci maki anda tuturkan
carut marut anda utarakan
cela keji anda jeritkan

ya.
aku tahu
aku sedar
aku paham
aku jelas
tapi
itu aku
bagi siapa yang arif tentang diri aku
bagi siapa yang kenal diri aku
bagi siapa yang faham kondisi dan situasi aku

jangan beri sebarang konklusi tanpa kenal siapa aku


aku adalah aku
aku tetap aku

perlukah aku berubah?
pada zahirnya
kalau itu yang kau katakan pada aku
aku terima
dengan hati terbuka
akan kritikan terbuka
lahir dari hati
atau sifat dengki

ya
aku mengaku
sikap buruk itu milik aku
salah aku

siapa kau mahu persoalkan?
aku menjadi diri aku
kepura-puraan bukan asasnya
lakonan bodoh bukan akarnya
ini aku

baik aku?
tiada
anda puas?
cermin diri wahai manusia
jangan jadi bodoh

aku bodoh?
ya.
aku mengaku
itu aku

sekurangkurangnya
aku
masih berusaha menjadi lebih baik
bukan sesuka hati menilai orang
kenal dulu
baru bicara
tegur sapa dulu
baru borak cerita duka tawa

maaf untuk semua
ketidakpuasan hati?
itu normal
lumrah hidup makhluk planet ini

p/s: pada anda.maaf~
ekspresi ini bukan xray hati saya

sila buka kotak minda anda
sila renung isi jiwa anda
sila tapis nada anda