July 24, 2011

comboset




in the name of Allah the most gracious and the most merciful



jauh
lempar jauhjauh
biar hilang dari mata
supaya lenyap sedikit rasa di hati




senyumpalingmanis

-___-

hari tu macam biasa aku cuci muka pakai syampu
teruk sangat dah

kau pernah rasa jiwa kau kosong?
kau pernah rasa fikiran kau melayang jauh lenggok ke awan?
kau pernah rasa hati kau buntu penuh calit dakwat hitam?
kau pernah rasa nak jadi seseorang yang bukan diri kau?
kau pernah rasa apa yang kau buat macam tak ada makna?
kau pernah rasa hidup kau tak pernah menyumbang?
kau pernah rasa kau hanya menumpang rezeki orang penat lelah orang?
kau pernah rasa kau penat dengan apa kau buat?
kau pernah rasa apa aku rasa?
kau pernah rasa terlalu banyak kau sesal dengan apa kau buat?
kau pernah rasa kau tak pernah cari jawapan untuk apa yang kau rasa?

pfft
tarik nafas dalamdalam
terimakasih


"kau pernah rasa nak makan penampar?"-aku

aku rasa aku masih dalam takuk umur kanakkanak belasan tahun sebab aku asyik rasa aku nak jadi apa yang tak mungkin aku jadi.macam contoh kau tengok harry potter dan kau rasa seronoknya nak jadi harry hidup penuh adventure ada itu ada ini ada dua bestfren yang osem dan macam kau tengok xmen kau rasa macam nak ada super power yang ajaib dan kau tengok kl gangster dan kau harap kau boleh jadi cool macam jai dan macam kau tengok anu dalam botol dan kau nak jadi..er..korang tengok ke?aku tak.yang pastinya aku takkan mungkin jadi manamana sebab aku hanyalah seorang aku.sedih



............................................................


iniceritalain

hoihoihoi
sini aku komen apa yang patut
sebab kau asyik menuntut
mintak maaf dari siku ke lutut
kalau kau terasa hati dan urat kentut
jangan nak emosi nanti terlebih bantut

sebagai seorang beego
aku cakap sorry bla bla sad to hear that blaa blaa blaa
dan sabar je lah nak buat macamana bla blaah move on

sebagai seorang kawan
aku akan cakap kau bodoh pathetic serve you right dan alhamdulillah

bodoh sebab kau jadi kau yang annoying nak mampus mula dari saat tu. bila kau start fake kan semua benda jadi orang lain dan bila kau berlagak berlakon apa semua susahkan semua dan apaapa je lah yang buat semua orang benci kau.itu bodoh namanya sebab dari situ kau dah mula hilang apa yang kau ada sebelum tu.dan mula dari situ kau bodoh cuba jadi kau bukan kau dan obviously memang aku tak kenal.itu bodoh.

pathetic sebab apa yang kau dapat sekarang buat kau macam 'ha ha ha' dan semua orang akan rasa macam tu kat kau sebab memang kesian.kesian sangat sebab kau deserve somthing better kalau kau tak silap dulu.kau patut amik masa pikir timbang balik apa yang kau dah buat dan apa yang kau dapat sekarang berbaloi atau tak.saat kau terhegeh hegeh dan tergedik gedik dan sekarang kau macam nak cari semua orang dan semua orang dah malas nak layan dan orang yang kau layan special habes dah tak wujud.pathetic bukan?

padan muka sebab kau dapat apa yang orang lain pernah dapat.salah tak salah itu bukan cerita sekarang sebab benda dah lepas.tapi memang padan sebab macam kau cakap kau dah dapat rasa apa yang orang lain tu pernah rasa kan.tapi aku tetap rasa dia rasa lebih.lebih sebab dia dikena dari kawan.kau.dan nasib kau mungkin sama tapi orangnya tidak.jauh hubungan silaturrahim dari kau.padan muka sebab kau dapat balik apa yang kau buat.padan muka sebab dapat rasa sikit apa yang orang lain itu rasa.percayalah.tak sama.dari kawan itu sakitnya lebih.kau patut lebih pandai buat keputusan dulu.kau patut sedar dulu.kau patut buang apa dalam hati kau bila kau dah tahu dia bukan hak kau.bila orang percaya bila dia kongsi bila dia cerita kisah dalam kain dia itu itu benda paling susah nak dikongsi dengan semua kepercayaan paling jujur itu perlu.tapi bila kau dengar kau dah terima kepercayaan yang dia bagi dan kau guna.sepatutnya kau baiki bukannya kau rosakkan lagi.dan yang pasti kawan takkan makan kawan kalau kau pegang pada prinsip kawan.dan padan muka.sebab kau salah dan semua dah hilang.satu.dua.tiga.dan.poofff.semuanya.tahniah

alhamdulillah sebab aku rasa bila semua jadi ada hikmah.mungkin ini masa untuk kau bergerak jauh.tinggal semua yang ada sekarang.masa kau gerak jadi kau yang baru.yang lebih baik.waktu kau bukti kau mampu dan kau punya bola untuk bergerak lebih jauh.waktu untuk kau gerak dan cakap kau boleh hidup tanpa dia.waktu kau boleh berhenti mencarut dan sesal dengan apa yang berlaku.kenapa begini kenapa beghitu.waktu yang kau perlu berhenti pikir dan blah.blah cepat cepat.kau perlu bangun tinggal benda menyayat hati dan bodoh ni semua.selagi kau pikr selagi tu kau amatlah pathetic.kau kan hebat.kau patut boleh lupa semua ni sehari dua.kau kan tabah.kau patut lupa semua mula cari diri kau dan cari kawan kau.semua.kau patut kejar apa yang kau tinggal.kau patut baiki apa yang kau dah rosakkan.kau patut cari semua tu dan bukan berteleku muka bodoh dan penyet sedih.kau kan tabah sepak orang pun mampu.pakai baju bundle dan sungai wang dengan bangga dan buka riak sebab kau baru shopping lima helai baju di pavii.cakap dengan lemah lembut dengan sopan tapi langsung tak ayu dan tak tengking emosi suka hati kau.kau yang peramah tak kira kaum bangsa dan agama dan bukan kau yang kondem apa jenama dan style pakaian dalam yang orang lain pakai.cuba.jadiyangbaru.moveon.

orang cakap

real friend dare to tell the truth


orang lah cakap kan.
aku bukan realfriend pun so kisah pulakk.ha ha



p/s : dear readers.ni semua khurafat je ni.ha ha

"kau ni sumpah pelik"anonymous


13 comments:

Anonymous said...

terima kasih. :)
dan ye, kau mmg pelik
aku senang kenal kau pelik dan berani.

*cukup baku? :)

Fafa Adnan said...

yeahh. real friend dare to tell the truth. setuju! :)

JumiYumi ♥ said...

" hoihoihoi
sini aku komen apa yang patut
sebab kau asyik menuntut
mintak maaf dari siku ke lutut
kalau kau terasa hati dan urat kentut
jangan nak emosi nanti terlebih bantut "

terbaiklah pantun ni. haha :D

ameto primero augusto said...

hamboih. emo jugak budak ni. bagus-bagus. join the club bro. kehkehlkeh.

hafizmohamad said...

anon.kau lagi pelik.ha ha

sis far.haha.yup:)

jumi.haha.tak baek mana:)

armeit.mana ada.haha.tak cukup lagi ni:P

-li.zue- said...

siapa kau? aku kenal ke kau? ni yg buat aku rasa mcm nak jadi tukang tilik balik ni. haha



kau = bukan beego.

siapa kau ni wei? apsal ada org suka pantun tu? aku tak suka punn! *tipu. ;p

hafizmohamad said...

haha.stalkerlah awak ni.
malu saya:)

haha.tak suka pun boleh:)

::Z U L:: said...

baru baca sampai sebagai seorang kawan aku rasa aku tau kot post ni utk sapa. :p

::Z U L:: said...

komen kena app dulu ye awak. ciss

hafizmohamad said...

haha.dah berkurun wujud balik kau.comel gambar mudamuda kau.ha ha

Rara. said...

aku pernah rasa jiwa aku kosong.
aku pernah rasa fikiran aku melayang jauh.
aku pernah rasa hati aku buntu.
aku pernah rasa nak jadi seseorang yang bukan diri aku.
aku pernah rasa apa yang aku buat macam tak ada makna.
aku pernah rasa hidup aku tak pernah menyumbang.
aku pernah rasa aku hanya menumpang rezeki penat lelah orang lain (makbapak aku)
aku pernah rasa penat dengan apa aku buat.

seriously semua diatas pernah.
tapi penampar kau, aku tak pernah lagi :)

desperate ruumate said...

senyum

fierul said...

entry yang menarik :)